Sunday 26 February 2012

Kelantan Bakal Bina Stadium Bernilai RM300 Juta Di Bandar Tunjong


Annuar menunjukkan rekabentuk Stadium Sultan Muhammad V - The Fortress yang akan dibina di Tunjong tidak lama lagi.
KOTA BAHARU (BERNAMA): Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bakal memiliki sebuah stadium sendiri di sebuah tapak yang dikurniakan Sultan Muhammad Ke-V di Bandar Baru Tunjong.
Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata stadium itu, yang bernilai kira-kira RM300 juta, akan dibina secepat mungkin di tanah seluas kira-kira lapan hektar.
“Sultan Muhammad Ke-V telah berkenan untuk membenarkan tanah seluas kira-kira 40 hektar di kawasan Tunjong dibangunkan, termasuk membina stadium canggih seluas lapan hektar di mana reka bentuknya berdasarkan Stadium Cardiff City.
“Baginda juga bersetuju untuk melantik Syarikat Casamesra Sdn Bhd untuk membina stadium berkenaan berdasarkan reka bentuk yang diberikan oleh KAFA, selain itu, KAFA juga akan menguruskan mengenai pengurusan stadium berkenaan,” katanya ketika ditemui pada majlis penajaan Mamee-Double Deecker (M) Berhad kepada persatuan itu hari ini.
Pada majlis itu, Mamee-Double Deecker (M) Berhad memeterai perjanjian dengan KAFA dan menaja Akademi Al-Hambra Red Warriors (ARMY) dengan jumlah kira-kira RM200 ribu untuk program pembangunan bola sepak di Kelantan.
Annuar berkata stadium baru itu mampu menampung kira-kira 30,000 penonton pada satu-satu masa.
“Kita memerlukan sebuah stadium yang baru kerana stadium Sultan Muhammad Ke-IV sekarang uzur dan tidak dapat menampung jumlah penonton yang semakin meningkat,” katanya.
Kerajaan Kelantan sebelum ini berhasrat membina sebuah stadium dan kompleks sukan di Bukit Merbau Pasir Puteh, kira-kira 40 kilometer dari sini.
Bagaimanapun, sehingga kini proses pembinaan masih belum dilaksanakan.
Dalam perkembangan lain, ARMY yang dikendalikan bekas pengendali pasukanMyTeam, Bojan Hodak, berhasrat menghantar pelatihnya ke Jepun untuk menimba pengalaman.
Beliau berkata Jepun dipilih kerana negara matahari terbit itu menggunakan model kejurulatihan yang bersesuaian dengan Malaysia.

Monday 20 February 2012

Kelab Penyokong Persoal Kewibawaan Pemain Import


Mohd Zainy Mohd Zain
KOTA BHARU – Persembahan hambar pemain import baru The Red Warriors, Onyekachi Nwoha mengundang dua kelab penyokong tegar di negeri ini menghantar mesej ringkas kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), semalam.
Betapa aksi pemain kelahiran Nigeria yang diharap lebih berbisa daripada Mohammed Ghaddar bertukar sebaliknya apabila mempamerkan aksi ‘memenatkan’ sehingga mencetuskan kemarahan penyokong setia The Red Warriors dalam perlawanan pusingan pertama kempen Piala FA menentang Sarawak dua hari lalu.
Presiden Kelab Penyokong The Red Warriors Kota Bharu, Mohd Zainy Mohd Zain berkata, pihak pengurusan Kafa harus mengambil pendekatan berhati-hati dalam memilih pemain dan tidak bergantung kepada rakaman video mahupun janji manis ejen pemain import.
“Dia tidak menepati ciri-ciri selaku seorang pemain import yang berkaliber. Kehadiran dia tidak ubah pelengkap kepada pasukan sehingga mengundang kemarahan peminat bola sepak Kelantan sendiri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
“Jangan salahkan peminat yang terus mengkritik kalau inilah persembahan yang ditunjukkan oleh dia. Pengorbanan penyokong setia yang sanggup membayar harga tiket yang mahal tidak harus dibalas dengan cara seperti ini.
“Saya berani cakap kehadiran pemain import seperti ini boleh memusnahkan pasukan dan meruntuhkan moral pemain tempatan yang lain. Kalau inilah pemain import yang kita harapkan, saya percaya pasukan kita tidak akan ke mana dalam musim ini,” katanya.
Menurut Mohd Zainy, para peminat sekarang ternyata merindui sentuhan pemain import Mohammed Ghaddar dari Lubnan dan Denny Anwti (Ghana) yang dilihat jauh lebih bagus daripada Nwoha.
Mahizi Mahmood
Sementara itu, Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.Net), Mahizi Mahmood turut senada sambil menjelaskan kehadiran Nwoha langsung tidak memberi impak kepada pasukan Kelantan setelah diberi peluang beraksi dalam dua perlawanan setakat ini.
“Dia bukan pemain import yang kita mahukan. Malah aksi pemain tempatan jauh lebih bagus daripada dia. Lebih baik kita bergantung 100 peratus dengan kudrat pemain tempatan daripada menggajikan pemain import seperti ini.
“Kita sebenarnya dilihat tertekan mencari pemain import yang bagus sedangkan kita adalah pasukan pertama yang dibentuk sebaik sahaja Liga Malaysia berakhir bulan Oktober tahun lalu. Sehari dua ini peminat bukan bercakap tentang prestasi pasukan tetapi mereka mempersoalkan tentang prestasi pemain import baru ini,” katanya.
Untuk rekod, Nwoha merupakan pemain import kesebelas yang diuji oleh pihak Kafa selepas Jocip Bonasin (Croatia), Emmanuel Ayaah Okine dan Denny Antwi (Ghana), Jean Black (Belanda), Chikondi Mpulula (Malawi), Obinna Nwaneri dan Samad Awudu Okocha (Nigeria), Miguel De Pina (Portugal) selain Mohammed Ghaddar dan Zacharia Charara dari Lubnan.

Sunday 19 February 2012

Piala FA 2012-Kijang Atasi Bujang Senang


Farhan Muhammad
Farhan Muhammad Muncul Wira Pasukan Kelantan FA - Foto : Theredwarriors.com
Jaringan kemenangan Norfarhan Muhammad pada minit ke 90″ menewaskan Sarawak 2 – 1 berjaya membawa Kelantan ke Pusingan Ke – 2 Piala FA 2012 bertemu Kuala Lumpur.
Kelantan terlebih dahulu dikejutkan dengan Jaringan Azizan Baba pada minit ke 21″ namun  Indraputra Mahyuddin Bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke 33″ hasil tandukan cantik selepas menerima hantaran dari Mohd Badhri Mohd Radzi.
Kemasukan Farhan Muhammad menggantikan Penyerang Import Nwoha dilihat agak berkesan selepas Farhan Muhammad berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 90″ hasil sepakan dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol Sarawak Sani Anuar Kamsani.
Tamat Perlawanan menyaksikan Kelantan FA berjaya menewaskan Sarawak dengan jaringan 2 – 1.
Video Gol Azizan Baba - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )
Video Gol Indra Putra Mahyuddin - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )
Video Gol Farhan Muhammad - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )
Kredit Video : Sokernet.com

Thursday 16 February 2012

Nafi Letak Jawatan


Peter Butler
KOTA BHARU – Ketua Jurulatih Kelantan, Peter Butler menafikan khabar angin mengenai peletakan jawatan beliau selepas pasukan bimbingannya tewas 1-2 kepada Selangor dalam perlawanan Liga Super di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.
Sambil menyifatkan berita tersebut tidak berasas, Butler berkata tidak ada sebab untuk beliau melepaskan jawatan yang disandang lebih tiga bulan lalu meskipun banyak spekulasi bertiup kencang mengenai tekanan yang dihadapinya sebelum ini.
“Saya tidak tahu macam mana berita ini (peletakan jawatan) boleh timbul. Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan pemain dan pihak pengurusan. Malah saya mempunyai reputasi yang baik membimbing pasukan ketika ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
“Tetapi sekiranya pihak pengurusan tidak memerlukan khidmat saya, mereka boleh melakukannya (memecat) tetapi mereka kena tahu saya seorang yang sentiasa bekerja keras untuk membangunkan pasukan ini.
Jurulatih kelahiran Halifax, England itu dilihat mengeluarkan kenyataan berunsur tidak berpuas hati sejurus perlawanan menentang Selangor berakhir apabila mempertikaikan tindakan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyenaraikan pemain import baru tanpa berbincang dengan beliau terlebih dahulu.
“Saya perlu berfikir mengenai perkara ini dan berbincang dengan pihak pengurusan dengan cara baik. Ia sesuatu yang mengecewakan tetapi apa yang boleh saya buat. Saya mempunyai kontrak selama dua tahun dan ia menjadi tanggungjawab saya untuk membentuk Kelantan menjadi sebuah pasukan yang mantap,” katanya.
Mengulas mengenai prestasi kedua-dua pemain import, Butler berkata Obinna Nwaneri masih dalam proses mencapai tahap kecergasan yang optimum sementara Onyekachi Nwoha masih dalam pemantauannya dan belum mencapai prestasi sebenar.
“Saya baru melihat aksi pemain ini (Onyekachi Nwoha) hanya 30 minit dalam perlawanan dengan Selangor. Jadi saya tidak boleh memberi komen lebih lanjut. Apa yang sama lihat dia bagus tapi masih belum membentuk persefahaman dengan rakan sepasukan lain.
“Kalau dia sudah seminggu bersama pasukan ini, itu lain cerita. Tetapi dia baru menyertai pasukan ini dan saya memerlukan masa untuk menilai keupayaannya. Apa yang penting kita kena bekerja keras kerana menghadapi Sarawak dalam perlawanan pusingan pertama kalah mati Piala FA Sabtu ini,” katanya.

Butler Tetap Pertahan Kelantan


BALABAN (tengah) cuba meloloskan diri daripada kawalan dua pemain Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin.
KEKALAHAN pertama yang direkodkan Kelantan musim ini selepas tewas 1-2 kepada Selangor pada saingan Liga Super di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin ternyata merencatkan momentum gergasi Pantai Timur itu.
Diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan tersebut ketika mereka berada dalam mood yang cukup baik selepas menewaskan jiran tetangga, Terengganu, Sabtu lalu, skuad The Red Warriors dilihat gagal mempamerkan aksi sebenar di gelang- gang lawan kelmarin.
Bagaimanapun, pengendali Kelantan, Peter James Butler masih lagi tenang dan tetap mempertahankan para pemainnya yang disifatkan beraksi lebih bagus, namun nasib tidak menyebelahi mereka.
Menurutnya, sepanjang 20 minit pertama, Kelantan kerap mengancam kubu Selangor dan mencipta beberapa gerakan berbahaya, namun ketumpulan jentera hadapan menggagalkan usaha mencipta jari- ngan.
“Dalam bola sepak, kekalahan adalah suatu yang biasa dan semalam (kelmarin), ia kekalahan kita yang pertama dan kita menerimanya. Kekalahan ini memberi saya peluang untuk melakukan penilaian terhadap pemain.
“Saya tahu ia suatu yang me- ngecewakan bagi seluruh peminat (Kelantan) tetapi peminat juga harus mengetahui saya juga sangat kecewa,” kata Butler ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Tambahnya, kesilapan yang dilakukan barisan pertahanan memberi peluang kepada Sela- ngor menjaringkan gol pertama menerusi Safiq Rahim.
“Keghairahan mencari gol penyamaan menyebabkan para pemain saya terperangkap dan terpaksa melepaskan gol kedua,” jelasnya.
Butler berkata, jentera peng- gempurnya tidak berfungsi dengan baik dan beliau tidak menolak kemungkinan faktor keletihan selepas berhempas pulas menewaskan Terengganu tempoh hari merupakan antara penyebab mereka beraksi hambar.
Mengulas mengenai dua pemain import baharunya, Butler memberitahu, Obinna Nwaneri masih dalam proses mencapai tahap kecergasan yang optimum, manakala Nwoha Onyekachi pula dalam pemantauannya dan belum mencapai prestasi sebenar.
“Beberapa usaha yang lebih keras perlu dilakukan dalam persiapan menentang Sarawak pada aksi Piala FA Sabtu ini, dan saya mahu pemain lebih fokus dan melupakan kekalahan malam tadi (kelmarin).
“Perjalanan masih banyak, ia bukan suatu yang sudah berakhir selepas perlawanan menentang Selangor. Kita pasti akan bangkit dan mempamerkan permainan sebenar selepas ini,” ujarnya.
Ketika ditanya mengenai ‘ribut’ yang melanda kem The Red Warriors kononnya beliau akan meletak jawatan ekoran tekanan daripada beberapa pihak, Butler menafikan mengenai perkara tersebut.
“Saya tidak tahu dan tidak pasti dari mana cerita ini timbul. Saya punya reputasi yang baik di sini (Kelantan) dan saya tidak ada masalah dengan pemain atau pihak pengurusan.
“Tetapi sekiranya mereka (pihak pengurusan) tidak senang dengan saya, mereka boleh melakukannya (memecat) tetapi mereka kena tahu saya sentiasa bekerja keras dan memberikan yang terbaik untuk pasukan,” jelasnya.

Sunday 8 January 2012

Aku Pilih Ezani

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Pejam celik pejam celik, Masterchef Malaysia dah sampai ke garisan penamat. Tapi siapa yang menang? Haaa... Tu kena tengok malam ni la. Ezani atau Wahidan? Dan pilihan aku ialah Ezani! Sebab masa awal awal aku tengok Masterchef Malaysia ni, aku memang tertarik dengan Ezani, dengan gaya dia, dengan attitude dia. Apa yang paling menarik pasal Ezani ialah status dia sebagai doktor gigi. Eh. Jom tengok gambar gambar Ezani semasa dia kat Masterchef Malaysia. Aku ambil gambar gambar ni kat fan page Ezani.










Whatever it is, Ezani dan Wahidan dah berjaya sebab dapat jadi dua yang terbaik. So, kita tengok je la rezeki siapa dalam Masterchef Malaysia ni. Tapi aku ada dengar jugak desas desus yang kata Ezani menang. Entah betul entah tidak. Anyway, aku harap Masterchef Malaysia ada musim kedua. Bukan apa, aku dah bosan tengok kalau rancangan realiti je mesti pasal nyanyian. Setuju?



potpetpotpet : Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.