Saturday 24 December 2011

Karangan Paling Lawak Di Alam Semesta! Wajib Baca.

Okay.
Aku dah tak tension.
Magic bukan?
Ya.
Sebab aku ada baca mungkin karangan paling kelakar di alam semesta.
Aku gelak sipu sipu macam siput sedot shrooot shrooot bunyi sedot dia.
Otak aku hampir hampir terkeluar daripada kepala gara gara gelak secara berlebihan.
Boleh?
Bengkak mata aku nak salin bulat bulat segi segi lonjong lonjong dan segala bentuk apa lantak la karangan budak tu.
Kau nak tahu muka aku dah ada iras iras macam muka kat atas ni. Amacam?

Keluarga Saya

Semua orang di dunia ini ada keluarga. Keluarga ialah family dalam bahasa orang putih. Keluarga mempunyai ayah, ibu, abang, kakak, adik, nenek, datuk, pakcik, makcik dan etc.

Pertama kali saya ingin memberi tahu bahawa semua orang di dunia ini mempunyai keluarga yang aman damai dan tidak berperang tetapi ada juga yang tidak aman damai kerana mereka berperang.

Saya ingin menceritakan pula tentang keluarga saya. Saya mempunyai seorang ibu dan ayah tetapi ibu saya kata dia pernah tidur dengan tiga orang lelaki di hotel di mana dengan itu sah bahawa saya ini anak luar nikah kerana darah saya berlain jenis dengan ayah saya yang ada di rumah ini. Ayah tidak peduli bila ibu keluar dengan lelaki lain. Ibu pula tidak risau jika ayah tidak pulang ke rumah.

Kakak dan abang saya tidak lagi bersekolah kerana mereka sudah berhenti. Kakak saya cantik seperti mirip wajah Marilyn Monroe yang sudah mati itu. Dia mati kerana terlanggar motokar datuk saya yang enjinnya berkuasa 500CC.

Abang saya handsome atau kacak seperti Amitabh Bachan atau Sanjay Dutt. Kadang kadang muka dia berubah seperti Aacapan bila dia baru bangun tidur. Bila dia habis mandi muka dia macam muka dia sendiri. Itulah kelebihan abang saya.

Seterusnya saya menceritakan tentang adik saya. Walaupun saya tidak ada adik tetapi saya tipu kamu dengan mengatakan bahawa saya ada adik.

Demikianlah cerita tentang keluarga saya bahagia walaupun sebenarnya tidak. Sekian. Harap maklum.

Yang ikhlas,
Bob

potpetpotpet: Eh eh ni bukan karangan aku okay. Serious. Lantak.

Friday 16 December 2011

5 Cara Memikat Hati Roommate

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Apa khabar semua? Sihat? Cuti kan hari ni? Ada sesiapa yang bosan tak tahu nak buat apa? Semput tak nak jawab semua soalan ni sekaligus? Haha. Sempena dengan cuti ni, aku nak bagi kau cadangan yang bernas macam mana cara nak pikat hati roommate. For those yang sekarang tak stay dengan family tapi stay dengan kawan kawan boleh try cara ni untuk mendekatkan lagi hubungan dengan roommate yang dikasihi sekalian.

1. Gelek gelek telur pecah sebijik.
Rebus beberapa biji telur dan makan. Lepas tu tanya roommate kau kot kot dia nak sebijik. Kalau dia nak, bagi dia telur yang tak rebus lagi. Tengok apa yang berlaku masa dia kupas kulit telur tu.

2. Main main gam.
Letak gam kat botol shampoo roommate kau supaya dia tak dapat nak bukak masa dia nak shampoo rambut dia nanti.

3. Satu hari satu inci.
Kau alihkan barang barang roommate kau sebanyak satu inci daripada kedudukan asal dia dan kau kena buat pada setiap hari. Senang cakap, kau alihkan barang barang dia satu hari satu inci. Dalam masa dua minggu, barang barang dia mesti dah bergerak jauh daripada kedudukan asal. Roommate kau mesti tak perasan sangat perubahan yang berlaku.

4. Garam secukup rasa.
Taburkan garam kat berus gigi roommate kau. Bila dia guna berus gigi tu, mesti dia rasa masin masin manja.

5. Bedak bedak cinta.
Letak bedak banyak banyak kat bahagian atas kipas siling. Sebaik sahaja roommate kau on kipas siling tu, there will be bedak everywhere.


potpetpotpet : Selamat mencuba!

Saturday 26 November 2011

Karangan Aku?

Petang tadi aku telah mensengalkan diri dengan entri Jom Main Pada Suatu Hari ni. Tapi aku tak sangka pulak korang turut serta mensengalkan diri sekali? Gile sengal ah korang! Haha. Kesian kesian. Takde kerja nak buat dah ke? Adeh. Jom baca karangan hasil titik peluh lebih 50 orang blogger ni. Lebih 50 orang blogger? Bantai je la. =.=


PADA SUATU HARI
Disunting oleh Budak Harapan


Pada suatu hari, saya jumpa dia bawah pokok rambutan. Dia makan megi sambil bergelak ketawa. Megi yang sedap sebab megi dia megi itu sedap. Dia pandang saya. Saya jadi stim. Lalu ambulans pon datang. Doktor sunat saya. Neno neno neno. Ambulans tu bunyik. Tiba-tiba ambulans terbabas. I love it. Otomen pon datang! Otomen bawak saya berjalan-jalan di zoo. Lalu datang raksasa Zoo Taiping sama muka macam Ain. Tiba-tiba raksasa mengamuk. Raksasa kejar saya. Lari lari lari!!! Otomen kejar raksasa. Raksasa penat lari. Raksasa akhirnya pengsan. Raksasa terbangun semula. Pengsan membawa mati. Pedulikan raksasa itu.


Pelakon Undangan: Raksasa


Otomen terus terbang. Saya macam mana? Lu pikir la sendiri. Saya dibawanya sekali ke hospital gila untuk makan angin di Tanjong Rambutan. Saya petik buah rambutan sambil garu kepala yang sangat gatal. Rambutku banyak kutu sebab takde shampoo. Putu mayam sedap. Shampoo banyak busuk. Shampoo sikit wangi? Tak payah shampoo. Tak wangi pon kan kan kan? Boleh la tahan. Boleh tahan apa?


Pelakon Undangan: Otomen


Aku meneruskan perjalanan untuk mencari seseorang yang mencari seseorang. Tiba-tiba ada lembaga sedang tersenyum simpul, rambut panjang menggerbang. Ain sangat ketakutan. Tak paham la. Lalu difahamnya juga. Dan dia diam. Rambut Ain menggerbang. Tak takut pon tapi terkencing jugak seperti seorang nenek sedang menari disko dengan tarian agogo dari kumpulan SM*SH. Kenapa lembaga tersebut pergi berkaraoke ke laut? Sebab patah hati. Oh begitu rupanya. Kesian lembaga tersebut kerana takut dengan Ain. Aku pon pening. Kandunganku 3 bulan. Kusut otak fikir anak siapa. Anak kucing Ain? Ain pengsan lagi. Asyik asyik aku. Kenapa bukan Otomen? Sebab asyik pengsan, Otomen kembali untuk selamatkan Ain dan rakan rakannya. Raksasa bawak beca. Otomen pulak yang pengsan. Tiba-tiba Upin Ipin datang tolong Otomen. Maka habislah cerita.


Pelakon Undangan: Kak Limah


Eh belum lagi. Kak Ros datang marah Syana Zvariant kerana tak update blog. Banyak kerja konon padahal kan kan buat-buat sibuk konon. Lalu Kak Ros pon mula menjerit sebab nampak lipas tak cukup kaki. Syana Zvariant pergi sebab takut lipas sampai Ain tergelak. Kedengaran dari jauh, sayup-sayup Sailormoon memanggil Shashaaa... Ilahhh... Rajaaa... Tak bertukar ke? Bertukar tapi lambat. Tapi takpe, biar lambat asal selamat, kata Kak Limah. Lalu Kak Limah berjalan lenggang lenggok menuju ke kubur. Kak Limah balik dulu ye, nanti jumpa lagi.


Pelakon Undangan: Cinderella


Otomen pergi bancuh milo ala-ala Chef Wan sebelum dicelup dengan biskut. Ingatkan milo, rupa-rupanya memang milo rupa-rupanya. Lepas tu Otomen pon minum. Dia mintak lagi dengan Kak Limah. Tapi dah habis. Otomen frust, lalu bunuh diri. Cerita habis. Sila tepuk tangan. Tapi tiba-tiba Otomen jerit! Raksasa pelik bila Otomen hidup balik. Tidakkk! Hantu Otomen! Aku masih hidup, kata Otomen berkenaan. Ain terbeliak matanya setelah melihat Cinderella. Cinderella mula menangis sebab kasut hilang. Potong stim betul.



potpetpotpet : Amacam beb? Ada rasa macam nak cabut bulu hidung laju laju sekarang ni?

Wednesday 16 November 2011

Gambar Lucah

Assalamualaikum semua !


Aku tak tahu kenapa hari ni news feed aku kat facebook dipenuhi dengan gambar lucah yang entah datang daripada mana entah. Gambar lucah macam tu terpampang gara gara ada orang like atau ada orang komen kat gambar tu. Aku takde masalah kau nak like atau komen gambar lucah macam tu. Masalahnya sekarang ialah bila kau like atau komen gambar lucah tu dia terus keluar kat news feed aku! Kalau gambar orang tengah makan takpela kan?Ni gambar perempuan tak pakai baju la, gambar lelaki tengah cium dengan lelaki la, gambar perempuan tengah macam macam la sampai aku jadi malu nak klik button home kat facebook tu. Aku pulak yang malu tengok gambar lucah tu. Kau tak rasa malu ke?


Tapi ada jugak orang yang komen kat gambar lucah tu konon konon macam nak bagi nasihat la tapi guna ayat maki maki. Lantak kau la kan? Pada pendapat aku, kalau kau nak bagi nasihat sangat kat orang yang dalam gambar lucah tu apa kata kau pergi cari dia terus? Tak payah nak komen kat situ sebab:
  • Orang yang dalam gambar tu bukan tahu kau tengah bagi nasihat kat gambar lucah dia tu tapi aku pulak yang tahu. Eh?
  • Kau secara tak sengaja dah bagi orang lain yang ada dalam senarai kawan kau tengok gambar lucah tu sebab gambar tersebut akan keluar kat bahagian news feed dorang. Kau ingat semua orang yang ada dalam senarai kawan kau tu dapat tahan nafsu bila tertengok gambar lucah tu? Kau tak rasa ke yang sebenarnya kau lebih kepada mengundang maksiat?
  • Kau dah membuka keaiban orang lain.
As a conclusion, it is crystal clear that haha tiba tiba speaking ni apahal? Sebab hari ni budak SPM kena jawab paper english. Boleh? Nasihat aku tolong jangan sebarkan gambar lucah kat facebook tu dengan like atau komen tak kisah la sengaja ke tak sengaja ke dan tolong jangan klik link yang bukan bukan sebab semua tu mungkin spam semata-mata atau virus yang bahaya kecuali link yang satu ni sebab link ni memang kena selalu klik laju laju. Nak tahu link apa? Ni link dia -www.budak-harapan.blogspot.com

                 potpetpotpet : Mula mula maksiat mata lepas tu maksiat bahagian lain pulak.

Saturday 12 November 2011

Shopping Dengan B Dan F dan F

Assalamualaikum semua !

Hari ni aku nak citer kesah aku dan kengkawan aku ke KB Mall. Oh. Kau tak kenal kat mana? Eish. Takkan tak kenal kot. Kat situ la,kat situ. Okay2,sebab ramai sangat yang suroh aku bagitau kat mana,aku bagitau. Dengar sini baik2. KB Mall tu kat KELANTAN la. Haha. Puas hati kau? :P


Okay,back to our main point. Setibanya aku dan kengkawan kat sana,kami pun pergi kat food court untuk makan. Bukan makan dalam court tu. Bukan2. Haha. Kau tahu tak kami makan apa kat sana? Oh. Manala kau nak tahu kan sebab kau bukannya ada kat sana. Hahahaha. Kami semua makan makanan halal yang diberi nama SIZZLING. Sedap beb! Ada kau kesah? :B


Lepas kami makan tuh,kami pun pergilah shopping mopping siket. Hahaha. Kami tak mengeMOP,kami cuma mengeSHOP je. Hahaha. Okay. Sekian. Terima kasih.


potpetpotpet : Then kami balik la. Takkan nak tidur kat situ kot. :P

Friday 11 November 2011

True Meaning Of Love. Kau Tahu Ke?

Assalamualaikum semua !

TRUE MEANING OF LOVE. Pengertian sebenar cinta. Okay. Seriously. Kau dah hilang akal? Kau tahu ke apa-apa tentang cinta? Ya. Aku tak tahu. Mungkin. Sedikit. Okay. Jangan khuatir. Aku tak perlu guna gaya penulisan jiwang 24 karat untuk menceritakan perihal cinta ni. Ya. Aku guna bahasa aku. Pasar. Rojak. Berilah kau nama apa pun. Hurm. Where to start? Kau tahu? Aku akan cerita step by step. Haha. Bukan nak buat step menari okay. 5, 6, 7, 8! Fuyyyoh...


Pada zaman kau kanak-kanak, pada waktu kau masih kecil, apa cinta kau? Tak ada? Isk. Mana boleh. Cuba ingat balik. Kau dah lupa? Pada masa ni, kau selalu bermain.Bertatih. Berdiri. Berjalan. Berlari. Dan jatuh. Ya. Bila kau jatuh, kau bangun lagi bukan? Kau teruskan permainan kau. Sampai kau dapat apa yang kau mahu. Kau dapat bertatih. Kau dapat berdiri. Kau dapat berjalan. Kau dapat berlari. Dan jatuh? Itu perkara kecil. Nampaknya kau dah ingat cinta kau. Hehe. Kau tak pernah puas bukan? Kau dah bertatih. Kau mahu berdiri. Kau dah berdiri. Kau mahu berjalan. Kau dah berjalan. Kau mahu berlari. Kau dah berlari. Apa lagi yang kau mahu? Meh sini aku cakap kepala lutut kau. Hehe. Ya. Kau tak kenal siapa dia putus asa. Siapa dia? Aku pun tak kenal. Konon. Haha.Inilah cinta kau wahai kanak-kanak.


Ketika kau sedang membesar. Apa yang membesar? Erk. Ketika kau remaja la. Banyak bukan cinta kau? Pada kekasih kau? Ya. Itu cinta lain. Ada binatang lain yang punya. Siapakah? Monyet tu. Dia pemilik kepada cinta tu. Kan kan kan? Pada masa ni, kau sibuk dengan hidup kau. Kau punya kawan yang bukan sikit. Betul tak? Kalau boleh, kau nak kawan dengan semua orang kan? Give me five kepala lutut kau! Haha. Lepas tu, kau kalau boleh setiap hari nak tukar kekasih yang lain. Kan kan kan? Satu hari satu kekasih. Meh sini aku tindikkan lubang hidung kau. Ya. Itu dia cinta kau. Bukan pada kawan. Bukan pada kekasih. Tetapi, diri kau. Kau sedang kenal siapa diri kau. Kau bagaimana, kau begitu, kau begini dan segala-galanya tentang kau. Tahniah kat kau.


Next. Seterusnya. Kau adalah pemuda. Pemuda harapan bangsa. Konon. Apa yang kau tahu? Kau dah pandai guna otak. Hopefully. Erk. Kau mula timba ilmu sebanyak yang mungkin. Kalau boleh sampai tertumpah-tumpah ilmu yang ada kat dada kau tu. Kan kan kan? Ohoi. Lepas tu, kau juga cuba membina karier yang hebat. Ya. Yang dapat menjamin masa depan kau. Bagus. Kalau boleh kau nak jadi bos kemudian goyang kaki dan goyang punggung je kan? Yang penting duit masuk. Meh sini aku pijak belakang kau. Haha. Pada masa ni juga, kau mula merancang keluarga kau. Keluarga bahagia. Perhatian. Sila nyanyi beramai-ramai lagu Keluarga Bahagia oleh Saujana. Okay. Nyanyi la. Boleh? Inilah cinta kau.Kehidupan kau. Kau mahukan kehidupan yang terbaik daripada segala segi. Kalau boleh.


Kau dah tua. Kau nak buat apa? Tak perlu kot kau nak buat perkara-perkara pelik. At this moment, kau terkenang kembali kenangan-kenangan lalu. Apa yang telah berlaku dalam hidup kau. Tidak kira pahit manis masam masin kelat dan apa-apa la yang kau rasa. Dan kau tahu, itu yang mendewasakan kau. Itu yang memberikan nafas kepada kehidupan kau. Pengalaman. Experiences. Ya. Cinta kau.


Tiada definisi sebenar bagi cinta. Kau boleh kata apa sahaja tentang cinta. Bahagia. Derita. Suka. Duka. Tuah. Malang. Ya. Cinta boleh jadi apa-apa. Cinta boleh jadi mana-mana. Cinta boleh jadi bila-bila.Kerana cinta adalah anugerah.

potpetpotpet : Cinta oh cinta. Duh. Aku dilamun cinta dengan si dia yang bernama  *teeet*. Kau pikirlah sendiri.

Thursday 10 November 2011

Minta Maaf Macam Tak Minta Maaf

Assalamualaikum semua !


I'm sorry. Maafkan aku. Wajarkah? Wajarkah kalau kita minta ampun minta maaf tapi tidak secara berhadapan atau secara langsung dengan orang? Let me think.... Teeettt... Jawapan dia tak wajar langsung. Ya. Macam pelik kot kita say sorry sorry tapi tak bersua muka. Melalui orang ketiga pulak tu. Eh eh aku bukan gossip pasal cinta tiga segi mahupun curang curang dalam perhubungan atau jumlah sudut segi tiga adalah seratus lapan puluh darjah. Bukan bukan.


Adoi. Tak susah kot kalau nak jumpa face to face dan say sorry sorry. Kot ye pon tak sempat  nak buat semua tu boleh jugak kalau hantar sms kan kan kan? Emel ke. Facebook ke. YM ke. At least dapat jugak tahu khabar daripada  pihak terbabit itu sendiri. Ini tidak. Apabila kemaafan itu melalui orang ketiga maka perbuatan pihak itu seolah olah melepaskan batuk uhuk uhuk uhuk di tangga. Jelas. Entah ikhlas entah tidak permohonan maaf tu. Oh. Aku ada beberapa teori mengenai manusia spesies macam ni.
  • Dia memiliki ego sampai mencakar langit fuyyoh. Dia ada standard yang tinggi maka dia takot kalau kalau standard dia selama ni jatuh runtuh kebaboom boom boom bila dia minta maaf secara depan depan. Ya. Dia mana pernah buat silap kot. Jadi hal minta maaf ni tak penting dan perkara remeh temeh je pada pandangan dia. Kan kan kan?
  • Dia seorang diva dunia dan akhirat. Sekian.

potpetpotpet: Bukan marah apatah lagi berdendam. Cuma kecewa.

Tuesday 8 November 2011

Dah Makan? Soalan Wajib Tanya

HohO~
Oh.
Nak story mory.
Mungkin tak penting bagi kau.
Lantak.
Aku nak cerita jugak.
Okay.
Dalam setiap perbualan bla bla bla kau.
Ada tak kau tanya soalan,
Dah makan ke belom?
Erk.
Aku bukan tanya kau dah makan ke belom.
Aku tanya kau ada tak kau tanya dah makan ke belom.
Bukan aku nak tanya kau.
Aku cuma tanya kau ada tanya tak.
Oh.
Aku pon pening.
Lantak.
HohO~

Dah makan?
Aku bosan kot dengan soalan tu.
Tak mencabar kepala hotak langsong.
Coba tanya soalan lain pulak.
Be creative.
Try to think outside the box.
Tanya la benda lain pulak.
Yang penting, bukan soalan tu.
Bulih?

Oh.
Kau pening pening lalat tak tahu nak tanya ke?
Meh sini aku cadangkan beberapa soalan kreatif lagi inovatif.
Kot kot tak terlintas kat kepala hotak kau nak tanya apa.
Contoh.

"Hai. Dah basoh tangan lepas makan belom?"

"Hai. Dah minom air ribena?"

"Hai. Dah cuci mangkok tandas?"

"Hai. Dah gelak gelak gemok?"

"Hai. Dah baca doa qunut?"

Okay.
Bernas tak kepala hotak aku?
Itu baru sikit aku tunjok skill.
Jangan jealous okay.
Kalau kau spesies yang kreatif lagi berwawasan maju jaya, boleh la tanya soalan membunoh.
Contoh.

"Hai. Siapakah bini kedua Salleh Yaakob?"

"Hai. Kenapa dan bukan mengapa? Atau mengapa dan bukan kenapa? Isk. Mana mana la."

"Hai. Sekarang pukol berapa kat sebelah timor laut Nepal?"

"Hai. Semakin panjang tangan semakin kuat mencuri. Siakap senohong gelama ikan duri bercakap bohong lama lama mencuri. Buktikan."

Sekian.
Siaran merapu ini dibawakan oleh  Tom Tom Pel enter shift alt ctrl.
Lantak.

potpetpotpet: Oh. Aku sedang mencari mood nak pergi ke sekolah kembali nii. Malas plus Lazy.Duh.

Saturday 5 November 2011

Selamat Hari Raya AidilAdha

Assalamualaikum pembaca blog Budak Harapan !




Okay. Simple je ucapan aku. Selamat hari raya aidiladha kepada semua pembaca blog Budak Harapan! Plus, aku nak minta maaf tak kisah la zahir ke batin ke mydin ke sardin ke, aku harap kau dapat maafkan aku kalau kalau aku ada buat salah dengan kau. Mana tahu ada yang tersentap dengan entri entri yang ada kat blog ni ke, dengan komen komen yang aku hantar kat blog kau ke, dengan status status yang aku update kat facebook ke, dengan video video yang entah apa apa aku upload kat youtube ke dan lain lain yang mungkin aku tak perasan. Okay? :')



potpetpotpet : Esok pakai baju warna apa?

Saturday 22 October 2011

Surat Daripada Anak Mak Yang Dah Tak Nakal




Cerita dia mcm ni
tanpa sedar, menitik air mata baca surat ni..aku copy and paste from satu website..baca, laa..

Surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati...selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia , ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata) supaya anak2 kita sentiasa lhatinembut ya kesan daripada mmbaca surat ini ,insyaAllah. .
Terima kasih saudara umarzahrawi kerana menghantar surat ini kepada iLuvislam.com . Surat ini saya bacakan ketika majlis penutup Islamic Awareness Week di Kolej Yayasan UEM suatu masa dulu. Ramai yang menitiskan air mata ketika itu.

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal...

Mak.....
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.......
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni......

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu......
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi......
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm...bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran... ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter.....
Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital.....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.......
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak......
Kiter masih ingat lagi....
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak.....?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni...
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak....!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi..


Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib....
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak.....
nak cakap dengan mak.....
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong....
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih....
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak. Kiter kasi orang lain baca...Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama tunggu tu.. akhir kata untuk mak, 
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...                                  memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah sampai masuk univesiti...sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...boleh rasa duduk kat negara orang...sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..