Friday 11 November 2011

True Meaning Of Love. Kau Tahu Ke?

Assalamualaikum semua !

TRUE MEANING OF LOVE. Pengertian sebenar cinta. Okay. Seriously. Kau dah hilang akal? Kau tahu ke apa-apa tentang cinta? Ya. Aku tak tahu. Mungkin. Sedikit. Okay. Jangan khuatir. Aku tak perlu guna gaya penulisan jiwang 24 karat untuk menceritakan perihal cinta ni. Ya. Aku guna bahasa aku. Pasar. Rojak. Berilah kau nama apa pun. Hurm. Where to start? Kau tahu? Aku akan cerita step by step. Haha. Bukan nak buat step menari okay. 5, 6, 7, 8! Fuyyyoh...


Pada zaman kau kanak-kanak, pada waktu kau masih kecil, apa cinta kau? Tak ada? Isk. Mana boleh. Cuba ingat balik. Kau dah lupa? Pada masa ni, kau selalu bermain.Bertatih. Berdiri. Berjalan. Berlari. Dan jatuh. Ya. Bila kau jatuh, kau bangun lagi bukan? Kau teruskan permainan kau. Sampai kau dapat apa yang kau mahu. Kau dapat bertatih. Kau dapat berdiri. Kau dapat berjalan. Kau dapat berlari. Dan jatuh? Itu perkara kecil. Nampaknya kau dah ingat cinta kau. Hehe. Kau tak pernah puas bukan? Kau dah bertatih. Kau mahu berdiri. Kau dah berdiri. Kau mahu berjalan. Kau dah berjalan. Kau mahu berlari. Kau dah berlari. Apa lagi yang kau mahu? Meh sini aku cakap kepala lutut kau. Hehe. Ya. Kau tak kenal siapa dia putus asa. Siapa dia? Aku pun tak kenal. Konon. Haha.Inilah cinta kau wahai kanak-kanak.


Ketika kau sedang membesar. Apa yang membesar? Erk. Ketika kau remaja la. Banyak bukan cinta kau? Pada kekasih kau? Ya. Itu cinta lain. Ada binatang lain yang punya. Siapakah? Monyet tu. Dia pemilik kepada cinta tu. Kan kan kan? Pada masa ni, kau sibuk dengan hidup kau. Kau punya kawan yang bukan sikit. Betul tak? Kalau boleh, kau nak kawan dengan semua orang kan? Give me five kepala lutut kau! Haha. Lepas tu, kau kalau boleh setiap hari nak tukar kekasih yang lain. Kan kan kan? Satu hari satu kekasih. Meh sini aku tindikkan lubang hidung kau. Ya. Itu dia cinta kau. Bukan pada kawan. Bukan pada kekasih. Tetapi, diri kau. Kau sedang kenal siapa diri kau. Kau bagaimana, kau begitu, kau begini dan segala-galanya tentang kau. Tahniah kat kau.


Next. Seterusnya. Kau adalah pemuda. Pemuda harapan bangsa. Konon. Apa yang kau tahu? Kau dah pandai guna otak. Hopefully. Erk. Kau mula timba ilmu sebanyak yang mungkin. Kalau boleh sampai tertumpah-tumpah ilmu yang ada kat dada kau tu. Kan kan kan? Ohoi. Lepas tu, kau juga cuba membina karier yang hebat. Ya. Yang dapat menjamin masa depan kau. Bagus. Kalau boleh kau nak jadi bos kemudian goyang kaki dan goyang punggung je kan? Yang penting duit masuk. Meh sini aku pijak belakang kau. Haha. Pada masa ni juga, kau mula merancang keluarga kau. Keluarga bahagia. Perhatian. Sila nyanyi beramai-ramai lagu Keluarga Bahagia oleh Saujana. Okay. Nyanyi la. Boleh? Inilah cinta kau.Kehidupan kau. Kau mahukan kehidupan yang terbaik daripada segala segi. Kalau boleh.


Kau dah tua. Kau nak buat apa? Tak perlu kot kau nak buat perkara-perkara pelik. At this moment, kau terkenang kembali kenangan-kenangan lalu. Apa yang telah berlaku dalam hidup kau. Tidak kira pahit manis masam masin kelat dan apa-apa la yang kau rasa. Dan kau tahu, itu yang mendewasakan kau. Itu yang memberikan nafas kepada kehidupan kau. Pengalaman. Experiences. Ya. Cinta kau.


Tiada definisi sebenar bagi cinta. Kau boleh kata apa sahaja tentang cinta. Bahagia. Derita. Suka. Duka. Tuah. Malang. Ya. Cinta boleh jadi apa-apa. Cinta boleh jadi mana-mana. Cinta boleh jadi bila-bila.Kerana cinta adalah anugerah.

potpetpotpet : Cinta oh cinta. Duh. Aku dilamun cinta dengan si dia yang bernama  *teeet*. Kau pikirlah sendiri.

1 comment:

  1. erm,woottss..,budak harapan tengah dilamun cinta dengan *teeeeetttt* opps,siaran tergendala. hahaha.

    ReplyDelete