Thursday 25 August 2011

Status Di Fesbuk Punca Perbalahan.So What?

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia!


Okay. Siapa takde facebook meh sini aku tepuk dahi kau haha. Hampir semua manusia kat dunia sekarang ni ada profile kat facebook kau bayangkan. Wow. Kaya betul makhluk yang buat facebook ni. Nak sikit duit boleh?

Memandangkan masing masing ada facebook maka tak logik kalau kau tak update status tu. Ala status yang tulis weh aku lapar la weh aku nak tidur weh aku nak kentut weh aku nak buat itu weh aku nak buat inikalau boleh semua kau nak tulis. Ya aku pun macam tu haha kadang-kadang.

Tapi masalah yang timbul ialah bila status di facebook jadi punca perbalahan. Contoh Munah gaduh dengan Leha gara gara status wahai Munah kau dot dot dot. Haish... Tak pasal pasal boleh gaduh sebabdot dot dot je. Ya. Kadang kadang aku taip lain tapi kau baca lain. Contoh aku taip A untuk Ayam. Kau pulak baca A untuk Anak Ayam. Maka gaduh akhirnya.

Status di facebook sangat sangat bahaya. Oleh itu berhati-hatilah kalau nak nak taip apa-apa kerana lain orang lain interpretasi. Mungkin aku taip untuk kau tapi dia pulak yang terasa tup tup gaduh. Haishhh. Susah betul. Apatah lagi kalau isu isu sensitif seperti politik, agama dan sila isi tempat kosong.

Hurm. Aku pernah gaduh dengan beberapa orang kawan kerana status di facebook. Gila gila gila! Nasib baik kitorang dah berbaik semula haha. So aku nak cadangkan beberapa cara supaya masalah ni tak berlarutan sampai ke Bukit Larut. Jom tinjau.
  1. Tak payah update status. Log in lepas tu log out. Log in lepas tu log out. Log in lepas tu log out. Buat sampai kuku patah.
  2. Jangan komen mana-mana status buat tak tahu je. Tengok profile kau semata-mata. Tak perlu tekan butang home.
  3. Update status sependek mungkin. Contoh dah makan, dah minum, dah mandi, dah tidur, dah bangun ataupun dah.
  4. Jangan add sesiapa dan jangan approve sesiapa maka kesimpulannya kau takde kawan langsung. Dengan cara ni takde orang akan baca status kau sila kau buat sukahati.
  5. Sekian.



potpetpotpet: Jaga hati bukan kerja yang mudah.


Wednesday 24 August 2011

Kita Cemburu Apabila....


Kita cemburu apabila...
~kekasih hati menduakan kita
~ibu bapa melebihkn tumpuannya kpd adik beradik kita yg lain
~rakan baik kita lebih rapat dgn org len

TETAPI SEDARKAH KITA...

Allah juga cemburu apabila...
~kita leka dgn maksiat dan dosa..
~kita bebas brgaul tnpa mnjaga batasan..
~kita asyik dgn dunia sehingga terabai waktu solat...
~kita tnpa segan silu bercouple sana sini tnpa ikatan yg sah..

ADAKAH KITA TEGAR MELAKUKAN SEMUA INI??
APAKAH KITA TIDAK MEMPEDULIKAN PENCIPTA KITA??

Ayuhlah...
tinggalkn maksiat dan dosa..
kembalilah kepada Allah..
janganlah buat pencipta kita cemburu..

KERANA...

kita sayang Allah..
kita cinta Allah..
kita rindu Allah...!!!

p/s : renung2kanlah.=_=


Tiada Beza Ramadhan,Syawal Bagi Warga Palestin


Warga Palestin di sini hidup bersama masyarakat majmuk Malaysia dan sebagai Muslimin mereka juga berkongsi banyak persamaan dengan ummah di sini.
Oleh itu bagi kira-kira 1,000 anggota masyarakat Palestin di Malaysia, yang kebanyakannya penuntut dan berkhidmat dalam jurusan akademik, berpuasa semasa Ramadan dan meraikan 1 Syawal (Hari Raya/Aidilfitri) tidak menjadi masalah kepada mereka.
Muslim Abu-Umar, seorang daripada masyarakat Palestin di Malaysia, menjelaskan kepada Bernama pada satu majlis berbuka puasa di sini baru-baru ini, bahawa terdapat persamaan dan kelainan dalam menyambut Ramadan di Malaysia dan Palestin.
PERSAMAAN DAN PERBEZAAN
Mengenai persamaan Muslim berkata bahawa; “Di Palestin kami juga mempunyai bazar Ramadan yang menjual pelbagai jenis juadah dan keperluan lain bagi Syawal.
“Seperti di Palestin, kami melihat pilihan juadah dan barangan yang banyak dan kami suka dengan juadah-juadah yang terdapat di bazar Ramadan di sini”.
Rakyat Palestin juga berbuka secara berkumpulan dan majlis berbuka dengan rakan-rakan di Malaysia di sini membuatkan mereka lebih selesa.
Mengenai perbezaan, Muslim menunjukkan sementara rakyat Palestin menyambut Ramadan dan Syawal, Aidiladha (Hari Raya Haji) diraikan dengan lebih meriah.
“Semasa Syawal dan Aidiladha, kami tidak menghidangkan ‘ketupat’ dan ‘rendang’ seperti yang dinikmati di sini. Tetapi kami mempunyai juadah tradisi sendiri seperti mahashi,” katanya.
Mahashi adalah hidangan seperti roti yang berintikan sayur-sayuran seperti terung, labu kecil, kentang dan lobak merah dan dedaun seperti daun anggur serta kubis.
Mahashi memerlukan masa dan kesabaran untuk disediakan dan dengan itu ia disediakan sehari lebih awal sebelum dimasak dan dihidangkan pada perhimpunan besar.
“Kami juga mengunjungi sahabat handai dan keluarga semasa sambutan. Tetapi, tidak banyak rumah terbuka seperti di sini. Di Malaysia, kami warga Palestin akan menganjurkan majlis rumah terbuka semasa 1 Syawal,” katanya.
Muslim terpaksa menyerah kepada takdir yang beliau tidak akan dapat pulang ke tanahairnya sempena Syawal ini kerana keadaan tidak menentu di Palestin buat masa ini dan sebaliknya akan meraikan Ramadan dan Syawal bersama rakan-rakan Malaysia.
BALIK KE PALESTIN
Bagi Saad Adeeb, 26, walaupun berada jauh daripada keluarganya, beliau mempunyai rakan-rakan Palestin di sini dan rakyat Malaysia yang mesra untuk menemaninya dalam meraikan Ramadan dan Syawal.
Beliau menikmati banyak daripada juadah Malaysia khasnya ‘nasi goreng ayam’.
“Saya mempunyai ramai rakan Melayu yang menjemput saya ke rumah-rumah terbuka mereka sempena Aidilfitri,” katanya.
Saad juga menyatakan kekagumannya selepas melawat beberapa negeri di Malaysia – Pahang, Kedah, Kelantan dan Johor – yang menyebabkan beliau lebih tertarik dengan negara tuan rumah.
Walaupun perbezaan dalam budaya wujud antara warga Malaysia dan Palestin, Saad menunjukkan bahawa keikhwanan menerusi Islam telah membantu mengatasi jurang itu.
Beliau adalah seorang penuntut dalam bidang komunikasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) di Gombak. Beliau tiba di sini pada 2006 dan sejak itu belum pernah pulang.
“Saya mahu pulang ke Palestin tetapi ia bukan mudah kerana larangan perjalanan yang dikenakan oleh pihak Israel. Tugas saya di sini ialah belajar gigih demi masa depan keluarga dan demi kebanggaan negara saya,” katanya.
ARAFAT RINDU AKAN ABANGNYA
Arafat Shabana, 27, seorang penuntut kejuruteraan di IIUM berharap beliau akan bersua semula dengan abangnya yang merengkok di penjara Israel selama lebih 20 tahun kerana dikatakan berjuang bagi Palestin.
“Saya sangat merinduinya dan lagipun beliau berada di penjara sejak saya berusia tujuh tahun,” katanya.
Arafat percaya yang abangnya tidak bersalah dan berharap akan dibebaskan dengan kadar segera dan bersatu semula dengan keluarga.
Ayah Arafat meninggal dunia lapan tahun yang lepas.
Apabila beliau menjejakkan kaki di Malaysia buat pertama kali empat tahun yang lepas, Arafat berasa bagaikan orang asing tetapi perlahan-lahan menyesuaikan diri dengan kehidupan di negara baru.
Setiap Ramadan beliau berdoa kepada Allah agar abangnya dibebaskan, dan bagi semua warga Palestin dan ummah di seluruh dunia supaya dapat hidup aman dan harmoni.
Sementara itu, bagi Hassan Imran, 20, sepucuk surat tawaran daripada IIUM untuk pengajian ijazah berkembar sains politik dan ekonomi pada 2009 membawa beliau ke Malaysia.
IIUM mempunyai masyarakat penuntut Palestin yang aktif memainkan peranan penting dalam menyebarkan kisah kesengsaraan yang diharungi oleh masyarakat Palestin akibat kekejaman regim Israel.
Hassan yang suka ‘nasi goreng kampung’ dan ‘nasi goreng kunyit’ berharap untuk belajar setinggi yang mungkin dan kembali ke tanahairnya dengan segulung ijazah.
BERNASIB BAIK UNTUK BERADA DI MALAYSIA
“Assalamualaikum” adalah perkataan pertama daripada pemuda ini, Yassar Al-Shareef, 17, yang tiba di Malaysia dua bulan yang lepas untuk belajar bahasa Inggeris di Elite Language Centre di Kuala Lumpur.
“Saya mahu belajar bahasa Inggeris di sini kerana Malaysia adalah negara Islam yang membuka pintu dengan ikhlas kepada kami,” katanya.
Walaupun ini kali pertama beliau berada jauh dari keluarga, namun mempunyai azam yang kuat serta sokongan daripada keluarganya untuk menamatkan pengajian dengan jayanya.
Beliau mengakui amat merindui keluarganya di kampung halaman tetapi berbangga berpeluang belajar di Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan sangat maju.
Diiringi ramah mesra rakyat Malaysia yang tidak asing, warga Palestin di sini mempunyai tempat untuk meneruskan kehidupan di samping menunaikan satu daripada rukun Islam yang penting -berpuasa- bersama saudara Muslimin di sini. 
potpetpotpet : Kesian.hmm.sob..sob..sob..sedihnye~ngee~

Lagu Spongebob versi Kelantan

Ready dok budok-budok?
Ho laa, kepten!
Gapo dio? HO LAA, KEPTEN!
......ooo,
...Podio dok dale buoh lanah bowoh laut?
Spongebob Sluar kotok!
Sene meresap bewarno kuning.
Spongebob Sluar kotok!
Kalu demo suko bendo laut hok ngarut.
Spongebob Sluar kotok!
Pah mari la pakat nopat supo ike.
Spongebob Sluar Kotok! Ready?
Sponge............bob Sluar kotok,(3x)
Spongebobbb Sluar kotok..



potpetpotpet : sila nyanyi sama2 kalau anda pandai.hahahaha.

Sunday 21 August 2011

Tanda Si Dia Tidak Berminat Dengan Kamu Di Laman Facebook

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia!


Mentang mentang lagu Cinta Muka Buku tengah hangat sekarang, terus nak buka topik pasal facebook la? Isu semasa beb. Tak salah kan? Haha. Anyway, aku bet sana sini adik adik sekolah yang baru nak naik tu cari kapel kat laman facebook. Dan aku rasa dorang lagi hebat kot, kalau nak banding dengan aku yang skema ni. Yes. >_<

Kali ini, aku tak nak cerita pasal tanda si dia berminat dengan kau tapi aku nak cerita pasal tanda si dia tidak berminat dengan kau, specially kat laman facebook. So, aku harap kau boleh la sediakan beberapa keping tisu kenduri yang kasar dan berwarna merah tu kalau kalau si dia ada menunjukkan tanda yang sama macam aku bagitahu kejap lagi. Sebab? Sebab mungkin kau bukan pilihan si dia. Okay. Boleh pasang lagu Balik Kampung sekarang. Dah nak raya kan? =_=

Apa tanda si dia tidak berminat dengan kau? Kau punya la beriya iya chat tanya si dia macam macam soalan, tapi? Si dia balas chat dengan satu perkataan je! Soalan kau bukan main panjang, dia sempat balas dengan satu perkataan je. Paling tak boleh belah, dia tak tanya kau satu soalan pom. Sedih tak? :B

Kau : Apa khabar orang di sana aduhai pom?
Si dia : Sihat.
Kau : Tengah buat apa je tu? Takkan online je? Tak pergi mana mana ke?
Si dia : Tak.
Kau : Rasa rasa hujan tak petang ni sebab mendung daripada tadi je kan? 
Si dia : ;)

See? Dah malas nak chat, si dia bagi smiley je? Kejam! Kalau kau masih tak dapat rasa yang si dia ni takde masa nak layan kau, memang aku kesian dengan kau. Nasihat aku, baik layan twitter daripada layan facebook ni. Haha. :P



potpetpotpet : Ada sesiapa nak tambah?

Tuesday 16 August 2011

Cinta Tidak Semestinya Harus Memiliki


Pernahkan kamu merasakan, bahwa kamu mencintai seseorang
meski kamu tahu ia tak sendiri lagi?
Dan meski kamu tahu cintamu takkan berbalas,
tapi kamu tetap mencintainya?

...Pernahkah kamu merasakan, bahwa kamu sanggup melakukan apa saja
Demi seseorang yang kamu cintai meski kamu tahu, ia takkan pernah peduli?
Ataupun ia peduli dan mengerti tapi ia tetap pergi?

Pernahkan kamu merasakanh hebatnya Cinta?
tersenyum kala terluka, menangis kala bahagia,
bersedih kala bersama, tertawa kala berpisah?

Aku pernah tersenyum meski kuterluka,
karena kuyakin Allah tak menjadikannya untukku

Dan aku pernah menangis kala bahagia,
karena ku takut kebahagiaan cinta ini akan sirna begitu saja
Aku pernah bersedih kala bersamanya,
karena ku takut aku akan kehilangan dia suatu saat nanti

Dan aku juga pernah tertawa saat berpisah dengannya,
karena sekali lagi “cinta tak harus memiliki”

dan aku yakin Allah telah menyiapkan cinta yang lain untukku
Aku tetap bisa mencintainya, meski ia tak dapat kurengkuh dalam pelukanku,
karena memang cinta ada dalam jiwa, bukan dalam raga.

Apa yang dimata hamba baik belum tentu BAIK menurutNya,
apa yang buruk menurut hamba mungkin adalah yang terbaik menurutNya,
bersabarlah Karna cinta akan berjalan pada jalannya. Begitulah janji sang kuasa
Percayalah dengan CInta, Biarkan Ia Menemukan jalannya SENDIRI


Semoga bermanfaat

Salam Ukhuwah fillah

~dikarang dengan penuh gaya mutu oleh Budak Harapan~

Tuhan,Izinkan Aku...


Tuhan,
izinkan aku memandang cinta
walau hanya dari kejauhan
izinkan aku dekati cinta
walau hanya dalam kebisuan

Tuhan,
izinkan aku membisik rindu
biar hanya bergema di relung hati
izinkan aku menitip kasih
biar hanya berbekas didada malam

Tuhan,
izinkan aku menyentuh cinta
lewat lafaz zikrullah
seiring degupan jantung ini
seiring denyutan nadi ini
seiring helaan nafas ini

Tuhan,
biarlah cinta tak pernah lagi berbalas
biarlah rindu mengundang sejuta pilu
tapi izinkan aku menyubur cinta
dengan detak lafaz zikrullah
kerana cintakan terus mewangi
indah seharum asma-MU YA ILLAHI.

Sunday 14 August 2011

Tegur Menegur Tidak Semestinya Seseorang Itu Ustaz/Ustazah


Bila di tegur sesuatu kesilapan, yg ditegur tu pastinya bidas balik. Antara ayat2 biasa:

"Eleh, kau tu bukan nya baik sangat!"
"Kau pun sama!"
"Ada orang marah, berdoa kat facebook!"
"Yang pakai tudung tu baik sangat ke?"

Kenapa bila ditegur, kita cepat2 cari salah org yg menegur tu?
Bila orang menegur sesuatu yang dirasakan tak betul, itu tanda nya kita sangat di  sayangi.
Orang takkan tegur kita kalau tak ada kena mengena atau mereka dah bosan dengan kita.
Pepatah seperti "Jaga tepi kain orang, tepi kain sendiri terkoyak", "Mind your own business", itu harus dilupakan saja. Mungkin ia disebut oleh orang yang sudah senang, tak perlu orang lain, bongkak. Bila dah senang, tak semestinya semua perbuatan kita tu betul, makin banyak salah, ada lah.

Paling teruk, orang susah pun tak boleh ditegur. Kalau diperhatikan, memang layak mereka tu susah sebab dah la bodoh, sombong pulak. Susah kerana ujian Allah itu berbeza daripada bodoh sombong. Daripada percakapan mereka pun kita kenal jenis yang mana satu. Bodoh sombong atau Ujian Allah.



~dikarang dengan penuh gaya mutu oleh Budak Harapan~

Thursday 4 August 2011

(Nada Cinta) Randy Pangalila - I Need You

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1Malaysia!



Hari ni hari Khamis. Esok hari Jumaat. Lusa hari Sabtu. Tulat hari Ahad. Lepas tu hari Isnin. Kemudian hari Selasa. Tapi semalam hari Rabu. Okay. Dah cukup tujuh hari aku sebut. Sekian sahaja untuk perenggan pertama. :B
Bersempena dengan hari Khamis yang takde kerja nak buat ni, aku pon melayan lagu jiwang I Need You dendangan Randy Pangalila bersama teman duetnya. Errr... Aku tak pasti Randy Pangalila ni duet dengan siapa. Sebab ada yang kata Mikha Tambayong, ada yang kata Kiting. So, nak selamat punya pasal, aku tak mention both names. Adil kan? Haha. :P

Eh. Enjoy dengan lagu ni ye. I Need You ni merupakan lagu tema bagi salah satu sinetron yang popular kat Indonesia sekarang ni. Popular ke? Yes. Nada Cinta tajuk sinetron dia. Aku rujuk wiki, sinetron ni ada 173 episod. Diulangi, 173 episod ye. Nasib la aku tak layan mana mana sinetron. :)


Randy Pangalila - I Need You (OST Nada Cinta)

Seluas langit di atas
Tak seluas cintaku ini
Sedalam palung lautan
Tak sedalam cintaku ini

Mengalir di dalam darahku
Sedekat hembusan nafasku
Cintaku untukmu oh

Biar dunia menghina
Tapi ku tetap cinta
Cause i miss you
Cause i need you

Biar dunia saksinya
Cinta kita berdua
Cause i miss you
Cause i need you
http://www.budaklelaki.com/
Cause i miss you
Cause i miss you
And cause i need you, baby


Lirik Lagu 3 Kata - KRU

Lagu Terbaru KRU - 3 Kata


Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut
Mungkinkah pernah kita
Dah terlalu selesa
Kepimpinan seolah
Semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut


potpetpotpet : lagu paling best.tp,tak de la best sangat.haha! kejam..kejam..kejam!

Rihanna Rampas Crown Lady Gaga!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1Malaysia!


Okay. Facebook Rihanna dah mencecah 40,772,479 fans! Dan jumlah ini telah mengatasi facebook Lady Gaga yang mempunyai 40,670,993 fans. Wow! 40 juta tu beb! The funny thing is bilangan fans Rihanna lagi ramai daripada bilangan rakyat negara Malaysia sekarang ni. Haha. Rihanna dah boleh buat negara sendiri kot lepas ni? :B

Secara official, Rihanna telah memegang title sebagai the MOST popular female artist on Facebook. Sebelum RihannaLady Gaga yang pegang title tu. Sekarang? Rihanna dah rampas crown tu daripada Lady Gaga! Adeh. Gaduh la korang. :P


            potpetpotpet:err...dua2 aku tak minat..!