Sunday 14 August 2011

Tegur Menegur Tidak Semestinya Seseorang Itu Ustaz/Ustazah


Bila di tegur sesuatu kesilapan, yg ditegur tu pastinya bidas balik. Antara ayat2 biasa:

"Eleh, kau tu bukan nya baik sangat!"
"Kau pun sama!"
"Ada orang marah, berdoa kat facebook!"
"Yang pakai tudung tu baik sangat ke?"

Kenapa bila ditegur, kita cepat2 cari salah org yg menegur tu?
Bila orang menegur sesuatu yang dirasakan tak betul, itu tanda nya kita sangat di  sayangi.
Orang takkan tegur kita kalau tak ada kena mengena atau mereka dah bosan dengan kita.
Pepatah seperti "Jaga tepi kain orang, tepi kain sendiri terkoyak", "Mind your own business", itu harus dilupakan saja. Mungkin ia disebut oleh orang yang sudah senang, tak perlu orang lain, bongkak. Bila dah senang, tak semestinya semua perbuatan kita tu betul, makin banyak salah, ada lah.

Paling teruk, orang susah pun tak boleh ditegur. Kalau diperhatikan, memang layak mereka tu susah sebab dah la bodoh, sombong pulak. Susah kerana ujian Allah itu berbeza daripada bodoh sombong. Daripada percakapan mereka pun kita kenal jenis yang mana satu. Bodoh sombong atau Ujian Allah.



~dikarang dengan penuh gaya mutu oleh Budak Harapan~

No comments:

Post a Comment