Tuesday 2 August 2011

Sahur Itu Penting

Assalamualaikum pembaca2 blog...

Hari ni aku nak kongsi kelebihan sahur kat korang..jeng..jeng..jeng..
mesti ramai dah tahu kan kan kan??
tak pe..boleh je bca banyak kali pun..haha.

  • Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat.
  • Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: Hendaklah kamu bersahur kamu kerana ia adalah makanan yang berkat.
  • Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: Perbezaan antara puasa kita orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah kita makan sahur.
  • Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud  Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail - hadis dari Ibnu Abbas.
  • Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur - hadis dari Ibnu Umar.
  • Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur.
  • Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walau pun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur.


~dikarang dengan penuh gaya mutu oleh Budak Harapan~

No comments:

Post a Comment