Sunday 21 August 2011

Tanda Si Dia Tidak Berminat Dengan Kamu Di Laman Facebook

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia!


Mentang mentang lagu Cinta Muka Buku tengah hangat sekarang, terus nak buka topik pasal facebook la? Isu semasa beb. Tak salah kan? Haha. Anyway, aku bet sana sini adik adik sekolah yang baru nak naik tu cari kapel kat laman facebook. Dan aku rasa dorang lagi hebat kot, kalau nak banding dengan aku yang skema ni. Yes. >_<

Kali ini, aku tak nak cerita pasal tanda si dia berminat dengan kau tapi aku nak cerita pasal tanda si dia tidak berminat dengan kau, specially kat laman facebook. So, aku harap kau boleh la sediakan beberapa keping tisu kenduri yang kasar dan berwarna merah tu kalau kalau si dia ada menunjukkan tanda yang sama macam aku bagitahu kejap lagi. Sebab? Sebab mungkin kau bukan pilihan si dia. Okay. Boleh pasang lagu Balik Kampung sekarang. Dah nak raya kan? =_=

Apa tanda si dia tidak berminat dengan kau? Kau punya la beriya iya chat tanya si dia macam macam soalan, tapi? Si dia balas chat dengan satu perkataan je! Soalan kau bukan main panjang, dia sempat balas dengan satu perkataan je. Paling tak boleh belah, dia tak tanya kau satu soalan pom. Sedih tak? :B

Kau : Apa khabar orang di sana aduhai pom?
Si dia : Sihat.
Kau : Tengah buat apa je tu? Takkan online je? Tak pergi mana mana ke?
Si dia : Tak.
Kau : Rasa rasa hujan tak petang ni sebab mendung daripada tadi je kan? 
Si dia : ;)

See? Dah malas nak chat, si dia bagi smiley je? Kejam! Kalau kau masih tak dapat rasa yang si dia ni takde masa nak layan kau, memang aku kesian dengan kau. Nasihat aku, baik layan twitter daripada layan facebook ni. Haha. :P



potpetpotpet : Ada sesiapa nak tambah?

No comments:

Post a Comment