Wednesday 3 August 2011

Kenapa Air Hujan Turun Daripada Atas?

Na na nera na na na nera... Wah intro kebaboom. Okay. Kenapa air hujan turun daripada atas? Kenapa air hujan tak turun daripada tepi ke belakang ke depan ke bawah ke kan kan kan? Jeng jeng jeng. Siapa boleh jawab? Okay okay. Cuba bayangkan soalan ni ialah teka teki. Maka jawapan dia air hujan turun daripada atas sebab air hujan tak turun daripada tepi atau belakang atau depan atau bawah. Wakakaka. Sila tarik rambut masing masing.




Okay be serious. Tak pasal pasal aku kena makan nasi kangkang pulak nanti. Kaitan? Lantak. Actually ada hikmah luar biasa kenapa air hujan turun daripada atas. Kerana siraman air hujan dapat mencakupi perbukitan, lembah, dataran tinggi serta rendah. Kan kan kan? Kalau Allah SWT hanya menyiramkan air hujan daripada salah satu sisi bumi sahaja maka air hujan tidak mencapai dataran tinggi kecuali apabila terkumpul dengan melimpah di dataran rendah. Unfortunately cara itu merosakkan bumi. Betol betol betol.




Allah SWT menciptakan awan yang bertindak sebagai penyiram bumi. Lalu dikirimkan angin yang membawa air daripada laut dan angin itu membuahinya seperti jantan membuahi betina. Wah faham faham sendiri sudah. That's why kawasan kawasan yang berdekatan dengan laut lagi banyak hujan berbanding kawasan kawasan yang jauh daripada laut.





"Apabila terbentuk awan dari arah laut, lalu berjalan ke arah Syam, awan itu akan menurunkan hujan deras."
(HR Malik)


Allah SWT menciptakan air di awan. Kadang dengan mengubah udara menjadi air. Adakalanya udara membawa air itu dari laut lalu membuahi awan dengan air tersebut dan menurunkannya ke bumi. Kalau Allah SWT membawa air dari laut ke darat dengan mengalir pada permukaan bumi, tentu tidak terjadi siraman yang meluas. Selain itu, banyak bahagian bumi berkemungkinan rosak. Oleh sebab itu Allah SWT menaikkannya ke angkasa dengan kelembutan dan kekuasaan-Nya lalu diturunkan-Nya lagi ke permukaan bumi dengan penuh hikmah. Allah SWT menurunkan air, dan bersamaan dengan itu, turun pula rahmat-Nya.


potpetpotpet: Hujan oh hujan kenapa engkau turun macam mana aku tak turun katak panggil aku                          
                     katak panggil aku.wakaka.

No comments:

Post a Comment