Thursday 25 August 2011

Status Di Fesbuk Punca Perbalahan.So What?

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia!


Okay. Siapa takde facebook meh sini aku tepuk dahi kau haha. Hampir semua manusia kat dunia sekarang ni ada profile kat facebook kau bayangkan. Wow. Kaya betul makhluk yang buat facebook ni. Nak sikit duit boleh?

Memandangkan masing masing ada facebook maka tak logik kalau kau tak update status tu. Ala status yang tulis weh aku lapar la weh aku nak tidur weh aku nak kentut weh aku nak buat itu weh aku nak buat inikalau boleh semua kau nak tulis. Ya aku pun macam tu haha kadang-kadang.

Tapi masalah yang timbul ialah bila status di facebook jadi punca perbalahan. Contoh Munah gaduh dengan Leha gara gara status wahai Munah kau dot dot dot. Haish... Tak pasal pasal boleh gaduh sebabdot dot dot je. Ya. Kadang kadang aku taip lain tapi kau baca lain. Contoh aku taip A untuk Ayam. Kau pulak baca A untuk Anak Ayam. Maka gaduh akhirnya.

Status di facebook sangat sangat bahaya. Oleh itu berhati-hatilah kalau nak nak taip apa-apa kerana lain orang lain interpretasi. Mungkin aku taip untuk kau tapi dia pulak yang terasa tup tup gaduh. Haishhh. Susah betul. Apatah lagi kalau isu isu sensitif seperti politik, agama dan sila isi tempat kosong.

Hurm. Aku pernah gaduh dengan beberapa orang kawan kerana status di facebook. Gila gila gila! Nasib baik kitorang dah berbaik semula haha. So aku nak cadangkan beberapa cara supaya masalah ni tak berlarutan sampai ke Bukit Larut. Jom tinjau.
  1. Tak payah update status. Log in lepas tu log out. Log in lepas tu log out. Log in lepas tu log out. Buat sampai kuku patah.
  2. Jangan komen mana-mana status buat tak tahu je. Tengok profile kau semata-mata. Tak perlu tekan butang home.
  3. Update status sependek mungkin. Contoh dah makan, dah minum, dah mandi, dah tidur, dah bangun ataupun dah.
  4. Jangan add sesiapa dan jangan approve sesiapa maka kesimpulannya kau takde kawan langsung. Dengan cara ni takde orang akan baca status kau sila kau buat sukahati.
  5. Sekian.



potpetpotpet: Jaga hati bukan kerja yang mudah.


No comments:

Post a Comment