Friday 29 July 2011

Kekasih Agung sedang Cemburu..

  1. anda sedang asyik berbalas sms/chatting yang tidak berfaedah dgn seseorng yang bkn mahram??
  2. anda sedang menanti-nanti panggilan daripada si dia??
  3. anda sedang mnunggu saat2 dpt brtembung dgn dia??
  4. anda sedang memilih minyak wangi paling harum untuk kluar dating??
kalau jawapannya ya,anda sdg membuatkan Kekasih Agung anda sangat cemburu.
berkata Ibnu Qayyi al-Jawziyyah: "Allah s.w.t sangat cemburu terhadap hati hambaNya yang mengabaikan cinta,harap dan takut kepada-Nya,dan ada sesuatu yang lain dalam hatinya selain Dia."
kecemburuan Allah lansung tidak mnunjukkan kerendahan atau dia memerlukan kita. Maha Suci Allah daripada sebarang sifat kekurangan. cemburu Allah tanda besarnya cinta yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hambaNya.
dia tidak memerlukan kita.dia x luak dgn kelalaian kita.tak terjejas tanpa cinta kita.
tapi kita??keperluan kita kepada cintaNya lebih penting daripada kita memerlukan oksigen,makanan atau minuman.MENCINTAI ALLAH ADALAH FITRAH KITA SEMUA..
Dia cemburukan hati kita yang meletakkan cinta lain yang lebih agung daripada-Nya kerana dia sayangkan kita. Dia tidak mahu kita menempah jalan sengsara.Dia menawarkan cinta yang tidak pernah mengenal kecewa.apabila kita tidak kisah tentang kecemburuan Allah,terus mengagungkan makhluk daripadaNya,bimbang cinta Kekasih Agung akan meninggalkan kita.azab Allah yang paling berat di dunia ialah apabila Dia memisahkan kita daripada jln2 mnuju hidayah dan syurga.

ya..ketertarikanmu kepada si dia itu lumrah.fitrah yang Allah hadirkan. setiap fitrah ada peraturannya. oleh itu,wajarkah anda mencipta langkah seterusnya tanpa membelek sedikit pun peraturan yang telah Allah tetapkan??. sanggupkah dirimu mencipta sebuah kenangan cinta tanpa peraturan.PENUH MAKSIAT HATI.rakan-rakanku syg,BUKAN DIRIMU SAHAJA YANG MENGALAMI RASA CINTA,MALAH TERMASUK SEMUA ORANG TAKKAN TERKECUALI PARA RASUL,SAHABAT DAN ORG SOLEH..bezanya,bagaimana mereka mengurus cinta itu??bagaimana pula kita menguruskannya??

Ibn Qayyim menukil indah dalam bukunya Raudah AL-Muhibbin tentang kisah Sayidatina Fatimah al-Zahra pada malam pertamanya.Fatimah berkata kepada suaminya Sayidina Ali, "kanda,dulu sebelum kita nikah,dinda terigin sangat nk jdi isteri seseorang.dinda amat mengaguminya." dengan penuh cemburu,Saiydina Ali berkata,"habis tu,dinda menyesal kahwin dengan kanda?" si isteri menjawab."tak kandaku sayang,kerana orang itu ialah kanda". kisah ini menjadi bukti jelas bahawa puteri Rasulullah sendiri memendam perasaan cinta kepada Saydina Ali,mengagumi,merindui dan memasang impian hidup bersamanya.namun,adakah si gadis beriman ini berani menghantar surat tanpa pengetahuan wali,mengatur dating atau membonceng unta bersama kekasihnya??begitu juga dengan Sayidina Ali.adakah dia melalaikan Fatimah dengan janji-janji kosong sebelum menikah??adakah dia meredah hak wali dengan terus mengurat gadis idamannya??adakah dia meminang Fatimah ketika tidak membaiki kualiti diri.

KITA PULA,BAGAIMANA MENGURUSKAN PERASAAN FITRAH KITA KEPADA SI DIA??ADAKAH DENGAN JALAN YANG MENGHAMPIRI FITNAH ATAU DENGAN JALAN YANG MENGHAMPIRI BARAKAH??


~dikarang dengan penuh gaya mutu oleh Budak Harapan~

No comments:

Post a Comment