Monday 18 July 2011

Jauh Perjalanan Luas Penglihatan

Rasa
Semakin lama
Semakin bertambah cinta
Bukanlah sebuah cita-cita
Belajar dinegeri orang jauh dari keluarga
Mungkin sebuah impian yang panjang
Mengejar cita-cita tapi tak pernah ku lupakan kampung halaman
Sementara
Yang lama adalah perjalanan masa
Menderita
Kerana raga jauh dari belahan jiwa
Meniti hari
                             *semakin jauh perjalanan,semakin luas mata terbuka,semakin kita memahami kenapa    hidup ini mesti ada KETAWA dan AIR MATA*


Mengharap berkat dari Ilahi
Sunyi dan sepi
Kelukaan dalam tekanan
Itulah semangat meraih masa depan
Jangan dikira
Lama menyulam perjalanan
Kerana hidup telah ditentukan

Jangan disangka
Pergi menggapai mimpi mudah untuk didapati
Tidak semudah dengan apa yang dikatakan
Kerana kepedihan sukar dibahagikan
Mereka takkan pernah tahu bagaimana perihnya luka yang menjalar
Bila kau memahami
Takkan mampu dirimu memandang luas bumi
Bila gedung tinggi menghalangi
Tapi tetaplah berdiri
Tengoklah angkasa
Meganya ada berapa warna?
Disana ada beza namun tetap bersama
Walaupun terkadang mengambang
Terkadang memberi keteduhan
Kemarau itu bukan yang kita mahu
Terkadang banjir juga mampu membuatkan kita tergelincir

~dikarang dengan penuh gaya mutu oleh Budak Harapan~

No comments:

Post a Comment