Friday 16 December 2011

5 Cara Memikat Hati Roommate

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Apa khabar semua? Sihat? Cuti kan hari ni? Ada sesiapa yang bosan tak tahu nak buat apa? Semput tak nak jawab semua soalan ni sekaligus? Haha. Sempena dengan cuti ni, aku nak bagi kau cadangan yang bernas macam mana cara nak pikat hati roommate. For those yang sekarang tak stay dengan family tapi stay dengan kawan kawan boleh try cara ni untuk mendekatkan lagi hubungan dengan roommate yang dikasihi sekalian.

1. Gelek gelek telur pecah sebijik.
Rebus beberapa biji telur dan makan. Lepas tu tanya roommate kau kot kot dia nak sebijik. Kalau dia nak, bagi dia telur yang tak rebus lagi. Tengok apa yang berlaku masa dia kupas kulit telur tu.

2. Main main gam.
Letak gam kat botol shampoo roommate kau supaya dia tak dapat nak bukak masa dia nak shampoo rambut dia nanti.

3. Satu hari satu inci.
Kau alihkan barang barang roommate kau sebanyak satu inci daripada kedudukan asal dia dan kau kena buat pada setiap hari. Senang cakap, kau alihkan barang barang dia satu hari satu inci. Dalam masa dua minggu, barang barang dia mesti dah bergerak jauh daripada kedudukan asal. Roommate kau mesti tak perasan sangat perubahan yang berlaku.

4. Garam secukup rasa.
Taburkan garam kat berus gigi roommate kau. Bila dia guna berus gigi tu, mesti dia rasa masin masin manja.

5. Bedak bedak cinta.
Letak bedak banyak banyak kat bahagian atas kipas siling. Sebaik sahaja roommate kau on kipas siling tu, there will be bedak everywhere.


potpetpotpet : Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment