Thursday 22 September 2011

Solat Tidak Sah Gara Gara Pakaian Dicuci Menggunakan Mesin Basuh


Dia Isabella.
Lambang cinta yang lara.
Terpisah kerana adat yang berbeza.
Cinta gugur bersama daun daun kekeringan.

Wakakaka. Boleh je kalau kau nak muntah sekarang sebab aku tak larang malah mengalu-alukan kemuntahan itu. Okay. Back to main point. Tiba tiba aku nak menyamar jadi Ustazah Siti Nor Bahiyah boleh? Bantai je la. Seperti biasa petang tadi aku basuh baju guna mesin basuh dan aku boleh pulak teringat ada satu ceramah tapi aku tak ingat pasal apa kalau tak silap pasal solat kot. Dia ada sentuh mengenai hal membasuh pakaian menggunakan mesin basuh.


Okay okay. Menggunakan mesin basuh untuk membasuh pakaian yang tidak kena najis, tidak timbul sebarang masalah. That's mean pakaian yang dibasuh itu tetap suci hukumnya. Tapi masalah timbul apabila mesin basuh itu digunakan untuk membasuh pakaian pakaian yang bernajis atau yang kena najis. Maka hukum pakaian yang dibasuhnya itu tidak suci kerana pakaian yang kena najis itu dibasuh oleh perhimpunan air yang tidak sampai dua kolah dalam takungan mesin basuh itu. Jika hendakkan pakaian itu suci maka sila bilas pakaian-pakaian yang telah dikeluarkan dengan air yang suci sekali lagi. Eh eh air suci yang mengalir please.



Why it is important? Jeng jeng jeng. Solat kita boleh jadi tidak sah gara gara pakaian yang tidak suci atau kena najis. Sekian. Wallahualam.


potpetpotpet: Kongsi kongsi.

No comments:

Post a Comment