Wednesday, 5 October 2011

Dialog Yang Menjengkelkan Sempena Musim Final Exam


Mamon : Hoi Monah ! Kau dah habis study ?

Monah : Belum lagi ah. Aku tak habis study lagi ni. Adeh. Kau mesti dah habis kan ? Tengok dahi pun dah tahu. Siap tulis dah habis study tu.

Mamon : Cisss bedebah kau wahai Mamon ! Makan boleh sebarang makan. Erk. Makan pun dah tak boleh nak sebarang makan sekarang ni. Takut termakan benda haram nanti, siapa susah ? Sudah semestinya bukan aku. Haha. Seterusnya, cakap jangan sebarang cakap. Nak aku geget selipar kau menjadi keping keping ? Aku lagi ah tak start apa apa ni. Jangan kata nota, pensel pun aku takde.

Monah : Siriyes ? Aku pun tak tahu aku study apa. Banyak sangat nak kena baca. Kalau baca pun setakat nak sedapkan hati je. Kalau nak sedapkan badan, aku gi urut.

Mamon : Tahu takpe. Aku suka gi urut. Lega sikit badan rasa lepas tu. Ada rasa macam baru lepas bersalin je bila gi urut ni walaupun aku tak pernah berkahwin apatah lagi mempunyai anak. Okay. Dah lari topik. Aku takut ah. Takut soalan pelik pelik keluar nanti. Macam mana aku nak jawab kalau dia tanya berapa umur Dr Rozmey nanti ? Mati ah ...

Monah : Betul jugak tu. Aku pun tak terfikir soalan macam tu. Kau ni, suka menakut-nakutkan aku ah. Sudeh ! Aku nak study ni. Kau boleh belah sekarang.

Mamon : Okay. Sekian. Terima kasih.


Okay. Mamon kata dia tak habis study lagi. Monah pun sama. Adeh. Masing masing tak nak mengaku dah habis study. Apa the hal ? Haha. Selalu betul bila aku tanya kau dah habis study ke, jawapan yang diberi mesti ah tak habis lagi. Psiko lebih je tu. Padahal kau dah habis study kan ? Aku ada CCTV okay. Baik mengaku sekarang ! =.=


potpetpotpet : Final exam dan nak dekat.T.T

Friday, 30 September 2011

Oh.Ni Baru Ek?


Okay. Kau suka tak bila ada orang tegur kau tentang sesuatu? Sesuatu sangat. Oh. Macam ni...


Ohoi kau, baju baru ek?

Wohooo kau, kasut baru ek?

Ehem kau, tudung baru ek?

Wallaweh kau, beg baru ek?

Olalala kau, kerongsang baru ek?

Uits kau, stoking baru ek?

Fuhhh kau, bulu mata palsu baru ek?

Rah rah ah ah ah rama rama ma gaga ooh la la... Erk?


Ya. Dialog-dialog macam tu. Haha. Kekadang, kalau dah tak ada modal nak cakap apa, mulalah aku dan kawan aku ni guna dialog-dialog seperti ni. Haha. Ya. Aku suka bertanyakan barang-barang baru kau. Biar semua orang dalam kelas tu tahu barang-barang baru kau kan? Hehe. Jahat ke aku? Tidak. Aku baik. Aku nak memastikan mereka semua tahu apa yang baru kat kau. Dah beli memahal kot, takkan kau nak biarkan hari kau berlalu tanpa seorang pun perasan kewujudan barang-barang tu. Kan kan kan? Haha. Oh. Aku bergurau dengan kau je.


p/s: Aku suka juga orang tegur aku macam tu. Sikit. Ya. At least, they noticed me!

Tuesday, 27 September 2011

Katy Perry + Rihanna + Adele + Pixie Lot + Natasha Bedingfield = Jessie J




Wow! Katy Perry + Rihanna + Adele + Pixie Lott + Natasha Bedingfield = Jessie J? Like, seriously? Betul ah. At least, in my opinion. Haha. Jessie J, born Jessica Ellen Cornish in Redbridge, is a British singer and songwriter. Jessie J mula mencipta nama when she began writing tracks for artists, including Miley Cyrus. Haaa... Sila teka lagu apa sekarang. Ce teka ce teka! Tak tahu? Cesss... Have you heard of Party In The USA? That song is the most successful track she co-wrote. Interesting kan? >.<


Jessie J tampil dengan album pertama yang menggunakan judul Who You Are atau Kau Siapa. Haha. For me, the album is quite good, or interesting? Hurmmm... I read a lot of reviews about Who You Are ni. Most of them have said that Jessie J doesn't sound original. But why? Kalau kau dengar lagu lagu Jessie J dalamWho You Are ni, kau mesti rasa macam kau tengah dengar sikit sikit suara Katy Perry, Rihanna, Adele, Pixie Lott dan Natasha Bedingfield. 0.0


Anyway, Who You Are offers 13 new tracks. And Jessie J co-wrote all of the songs in this album. Impressive! For your information, I'm a brand new fan of Jessie J! I adored her attitude instead of her multi-octave voice. She delivered songs with confidence money can't buy. Jom tinjau tracks dalam Who You Are ni. No matter la people kata Jessie J takde identiti pon. As long as she's awesome in my eyes! ;)

  1. Price Tag
  2. Nobody's Perfect
  3. Abracadabra
  4. Big White Room (Live)
  5. Casualty Of Love
  6. Rainbow
  7. Who's Laughing Now
  8. Do It Like A Dude
  9. Mamma Knows Best
  10. L.O.V.E.
  11. Stand Up
  12. I Need This
  13. Who You Are

Listen To These: Price Tag, Nobody's Perfect, Abracadabra, Big White Room, Do It Like A Dude andMamma Knows Best.

Her first number 1 single!
 
 
Kalau kau nak dengar sikit sikit suara Katy Perry, kau gi dengar Abracadabra. Kalau kau nak dengar sikit sikit suara Rihanna, kau gi dengar Do It Like A Dude. Kalau kau nak dengar sikit sikit suara Adele, kau gi dengar Big White Room. Kalau kau nak dengar sikit sikit suara Pixie Lott, kau gi dengar Mamma Knows Best. Kalau kau nak dengar sikit sikit suara Natasha Bedingfield, kau gi dengar Nobody's Perfect. How? Dah macam album kompilasi lagu lagu sedih sampai terkeluar hingus pulak dah. Adeh. Overall, aku nak bagi berapa bintang ni?




potpetpotpet : Aku gile muzik!!!

Sunday, 25 September 2011

Teka Teki Menguji Minda | Teka Teki Mak Limah


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Okay. Sempena dengan hari Ahad yang tak berapa seronok ini, aku nak main teka teki dengan korang. Yes. Hari Ahad memang takde kena mengena dengan teka teki. So? Ada masalah? =_=

Dah sedia nak jawab? Senang gile teka teki ni. Aku dapat teka teki ni hari tu. Anyway, siapa yang tak dapat jawab teka teki ni, anda dinasihatkan supaya menduduki UPSR semula. Haha. XD


Mak Limah ada lima orang anak. Sorang nama Abu. Sorang nama Ahmad. Sorang nama Ali. Sorang nama Amin. Sorang lagi nama apa?


Haaa... Dapat jawab tak? Cepat jawab kat ruangan komen tu. Aku nak tengok berapa ramai pembaca blog aku yang menguasai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis ni. Ada berani? Siapa salah jawab, nampak sangat otak dia tengah beku sekarang ni. Adeh. Okay. Selamat menjawab teka teki Mak Limah ni! >_<

Eh. Sebelum tu, aku nak bagitahu awal awal ni. Aku tak sediakan apa apa hadiah kalau korang dapat jawab teka teki Mak Limah ni dengan betul. So, jangan mengada-ngada nak pergi kat kaunter pertanyaan mintak hadiah. Sekian. Harap maklum. Sebarang pertanyaan, boleh rujuk kamus dewan. =_=

potpetpotpet : Senang je kan? Nak tahu jawapan? Fikirlah sendiri.>,<

Thursday, 22 September 2011

Solat Tidak Sah Gara Gara Pakaian Dicuci Menggunakan Mesin Basuh


Dia Isabella.
Lambang cinta yang lara.
Terpisah kerana adat yang berbeza.
Cinta gugur bersama daun daun kekeringan.

Wakakaka. Boleh je kalau kau nak muntah sekarang sebab aku tak larang malah mengalu-alukan kemuntahan itu. Okay. Back to main point. Tiba tiba aku nak menyamar jadi Ustazah Siti Nor Bahiyah boleh? Bantai je la. Seperti biasa petang tadi aku basuh baju guna mesin basuh dan aku boleh pulak teringat ada satu ceramah tapi aku tak ingat pasal apa kalau tak silap pasal solat kot. Dia ada sentuh mengenai hal membasuh pakaian menggunakan mesin basuh.


Okay okay. Menggunakan mesin basuh untuk membasuh pakaian yang tidak kena najis, tidak timbul sebarang masalah. That's mean pakaian yang dibasuh itu tetap suci hukumnya. Tapi masalah timbul apabila mesin basuh itu digunakan untuk membasuh pakaian pakaian yang bernajis atau yang kena najis. Maka hukum pakaian yang dibasuhnya itu tidak suci kerana pakaian yang kena najis itu dibasuh oleh perhimpunan air yang tidak sampai dua kolah dalam takungan mesin basuh itu. Jika hendakkan pakaian itu suci maka sila bilas pakaian-pakaian yang telah dikeluarkan dengan air yang suci sekali lagi. Eh eh air suci yang mengalir please.



Why it is important? Jeng jeng jeng. Solat kita boleh jadi tidak sah gara gara pakaian yang tidak suci atau kena najis. Sekian. Wallahualam.


potpetpotpet: Kongsi kongsi.

Wednesday, 21 September 2011

Tips Selamat Study


Hey.
Aku sedang study.
Percaya tak?
Lantak.
HohO~
Nak kongsi tips.
Tentang cara bagaimana nak mengorat aweksss.
Percayalah.
Aku menipu.
HohO~
Nak beritahu.
Tips study.
Konon konon la.
Well, ada satu hari tu.
Aku tak ingat pulak hari apa.
Aku terdengar kat radio apa pon aku tak ingat.
Wajib ke aku nak ingat semua tu?
HohO~
Kalau kau nak study tak boleh lebih daripada dua jam.
Oh.
Bukan nak suroh kau study dua jam semata-mata.
Maksodnya, kau tak bulih study lebih dua jam secara berterusan.
Ya.
Sebab apa?
Takot study lepas tu tak masok kat dalam kepala hotak kau.
Oh.
Statement ni dikecualikan kepada mereka yang sentiasa mendapat markah penoh ke senarai dekan ke genius ke apa apa lantak kau tak perlu baca tips ni.
Betol la.
HohO~

So?
Lepas dah study dua jam tu, berehat la dalam lima belas minit.
Kalau kau tamak, tiga puloh tiga minit lima belas saat pon bulih je.
Lantak.
Yang penting, take a break.
Online.
Facebook.
Twitter.
Myspace.
Tagged.
Friendster. 
Blogging.
HohO~
Then, sambong la balik.
Kepala hotak pon jadi tak berat sangat.
Kan kan kan?

potpetpotpet: Jangan gelabah tak tentu pasal. Rancang dulu nak study apa. Okay?

Wednesday, 7 September 2011

Berilah Peluang....

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia!




Hari nie aku just nak berbicara isu yg simple je.. Peluang.. Peluang ape? Peluang utk memberi penjelasan.. Kite kene sedar yg tiap yg berlaku pasti ade sebabnya.. And when that happened, especially something yg kite x suke..., most of us terus menjatuhkan hukuman.. I used to be that kind of person.. And as a result, I faced the consequences.. And it was not something that I wanted it to happen.. Now I realize that, I should have given a chance for that person to explain.. Tak bermakna bende tu terjadi berpunca dari dirinya.. Kemungkinan KEADAAN yg menyebabkan situasi itu terjadi.. Someone told me about that.. Thank you so much for that..

Yeah...ape yg berlaku pada aku, pasti ade penjelasannya.. Aku akan terus menunggu..

p/s: Berilah peluang utk aku menunggu... dan berilah peluang utk aku menjelaskannya...